Notis Perlindungan Data Peribadi Thyme Out
1. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menggariskan dasar-dasar Thyme Out Café, yang
terletak di Bangunan AICB dan dimiliki dan dikendalikan oleh STF Resources Sdn. Bhd.
(“Restoran”) berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Sekiranya berlaku sebarang
pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris
akan menguasai.
2. “Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti,
termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, butiran kenalan, alamat e-mel anda, maklumat
syarikat anda, kad-kad kredit atau butiran pembayaran, maklumat yang berkaitan dengan
tempahan anda atau apabila anda makan di Restoran, maklumat yang berkaitan dengan
pembelian dan penerimaan produk atau perkhidmatan anda, maklumat yang diberikan pada
mana-mana kad cadangan atau borang soal selidik pelanggan dan/atau maklumat mengenai anda
yang telah atau mungkin dikumpulkan, disimpan, digunakan, diproses oleh Restoran dari semasa
ke semasa.
3. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Restoran secara langsung,
Restoran juga mungkin mengumpulkan Data Peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk
apabila anda membuat tempahan atau makan di Restoran, daripada pembekal tempahan restoran
dalam talian (seperti TABLEAPP), apabila anda memberikan kad nama anda atau mengisi suatu
kad cadangan, apabila anda membuat suatu pertanyaan atau berinteraksi dengan Restoran
melalui laman media sosial atau laman web Restoran atau apabila anda berinteraksi dan
berkomunikasi dengan Restoran di acara-acara.
4. Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib apabila anda membuat suatu tempahan untuk makan
di Restoran. Sekiranya anda tidak memberi Restoran Data Peribadi anda, Restoran tidak akan
dapat memproses dan merekod tempahan anda. Pemberian Data Peribadi anda adalah sukarela
untuk Tujuan Pemasaran (seperti digariskan di bawah).
Tujuan-tujuan Penggunaan
5. Restoran mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan perniagaan
dan aktiviti Restoran yang termasuk, tanpa had, tujuan-tujuan yang berikut (“Tujuan”):-
(a) untuk memproses dan merekod tempahan anda untuk makan di Restoran;
(b) untuk berkomunikasi dengan anda mengenai tempahan anda;
(c) untuk memberikan anda barangan, produk dan perkhidmatan yang anda telah minta;
(d) bagi tujuan pengebilan dan pembayaran dan untuk sebarang barangan atau perkhidmatan
yang anda telah beli atau minta;
(e) untuk membalas pertanyaan, komen dan maklum balas daripada anda;
(f) untuk memperbaiki perkhidmatan kami;
(g) bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan Restoran termasuk pengauditan, perakaunan,
analisis data dan penyiasatan;
(h) untuk Restoran mematuhi keperluan kawal selia dan kewajipan undang-undang;
STF Resources Sdn Bhd THYME OUT/PDP_BM/ Date 22102024/Page 2
dan anda memberi persetujuan kepada Restoran untuk mengguna dan memproses Data Peribadi
anda dengan cara yang telah dikenalpasti dalam Notis ini.
Tujuan-tujuan pemasaran dan promosi
6. Restoran juga mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain
seperti menghantar kemas kini dan berita mengenai produk, perkhidmatan, promosi dan acara
terbaru yang ditawarkan atau mungkin ditawarkan oleh Restoran atau rakan-rakan perniagaannya
yang mungkin menarik perhatian anda, melalui perkhidmatan pesanan (seperti WhatsApp),
panggilan dan/atau melalui e-mel (“Tujuan Pemasaran”).
7. Sekiranya anda tidak setuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Restoran untuk Tujuan
Pemasaran, sila maklumkan Restoran menggunakan butiran kenalan yang dinyatakan di bawah.
Penggunaan oleh dan pendedahan kepada pihak-pihak ketiga
8. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak-pihak ketiga
bagi Tujuan atau Tujuan Pemasaran. Selanjutnya, Restoran mungkin melantik syarikat-syarikat,
pembekal-pembekal perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi-fungsi
bagi pihaknya, dan oleh itu mungkin memberi akses atau mendedahkan Data Peribadi anda
kepada pembekal-pembekal perkhidmatan atau pihak-pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga
yang dirujuk dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had):-
(a) pembekal-pembekal perkhidmatan seperti pembekal tempahan restoran dalam talian (seperti
TABLEAPP);
(b) para penasihat profesional termasuk penasihat undang-undang, juruaudit, penasihat
kewangan dan perunding; dan
(c) pihak berkuasa kerajaan untuk mematuhi keperluan statutori, kawal selia dan kerajaan.
Permintaan Akses dan Pembetulan dan Pertanyaan
9. Tertakluk kepada pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh meminta
akses ke dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, meminta untuk mengehadkan
pemprosesan Data Peribadi anda bagi Tujuan Pemasaran dan/atau membuat pertanyaan
mengenai Data Peribadi anda dengan menulis kepada:-
Pengurus Operasi, F&B
Nombor Telefon: 03-2602 4200
Alamat E-mel: thymeout@stfresources.com
10. Restoran berhak untuk menolak permintaan akses atau pembetulan atas alasan-alasan yang
diperuntukkan di bawah undang-undang. Restoran juga berhak untuk mengenakan bayaran untuk
pengaksesan Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.
11. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan
Data Peribadi anda oleh Restoran bagi Tujuan, ini mungkin menyebabkan Restoran tidak dapat
memberi barangan atau perkhidmatan yang anda telah minta atau pesan.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan memberi Data Peribadi anda kepada Restoran, dengan membuat pesanan dari Restoran
dan/atau makan di Restoran, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami Notis
ini dan memberi persetujuan kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh Restoran seperti yang
dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda seperti
dinyatakan dalam Notis ini, sila hubungi Restoran menggunakan butiran kenalan di atas.